Friday, July 16, 2010
"...The best and most beautiful things in this world cannot
be seen or even heard, but must be felt with the heart"
So many things had happened in sucha short period of time.
And yes, time is not being friendly with me day by day.
The news was truly shocking, but thats reality.
We have to accept the fact and get over it, get back to life and move on.
Its not easy, I don't deny this.
But thats the best we can do.
Let the mystery be kept that way.
Sometimes, some things are best kept unknown.
Rmmbr I told u this?
Let it be a learning point for you and me.
I wrote a summary of what happened.
Of course, I asked for her permission before doing so
as I dont wish to upset her further.
Tho I've not submitted it, I'll post it here, to share.
As they say, sharing is caring.
=)
“Innalillahi wa inna illaihi rajiun. Bila ini semua terjadi? Di mana dia sekarang?”
Aku sangat terkejut tatkala mendengar berita dari sepupunya, Zarrin. Kematian Ryan sungguh tidak dijangkakan. Kami baru saja bertemu kelmarin sebelum dia berangkat ke Australia untuk tugasannya. Kini, aku mendapat khabar yang sungguh menyedihkan. Dia kemalangan semasa di sana dan kehilangan darah yang banyak. Ryan meninggal dua hari selepas dirawat di hospital.
Aku dan Ryan pernah bercinta dua tahun yang lalu. Dia seorang jejaka yang pandai menambat hati seorang gadis. Aku tertarik kepadanya kerana keikhlasannya untuk bersamaku. Aku amat menyayanginya. Namun apakan daya, percintaan kami diputuskan dengan berita yang menghampakan. Ryan telahpun bertunang semasa bersamaku. Dia akan bernikah tidak lama lagi.
Namun begitu, aku tidak pernah membencinya. Di mataku, Ryan adalah lelaki yang baik. Dia tidak pernah megecewakanku. Malah, dia sentiasa berada di sisiku tiap kali kuperlukan seseorang. Dia sering berdampingan denganku meskipun dia sudah bertunangan. Seringkali, aku berdoa dia akan pulang kembali kepangkuanku. Namun aku sedar, dia bukan milikku.
Aku menelefon teman karibku untuk memberitahu tentang kematiannya. Oleh kerana dia meninggal di Australia, jasadnya tidak dapat dibawa pulang ke Singapura. Dia akan dikebumikan di sana.
Aku ingin menafikan kenyataan bahawa Ryan sudah tiada. Mungkin Ryan menyuruh sepupunya untuk beritahuku tentang kematiannya agar aku dapat melupakannya. Mungkin ini semua dongengan. Namun keesokan harinya aku mendapat pesanan dari Zarrin yang menjemputku untuk menghadiri majlis kenduri arwah Ryan. Aku tidak lagi dapat menafikan berita yang disampaikan.
Zarrin juga mengatakan bahawa dia perlu memberitahuku sesuatu tentang Ryan. Sesuatu perkara yang tidak pernah kuketahui. Aku menjangkakan sesuatu perkara yang baik. Aku dibelenggu keresahan. Aku ingin mengetahuinya tetapi aku takut berita yang ingin disampaikan akan menghampakanku lagi.
Aku ke majlis kenduri itu bersama teman karibku. Tunangnya juga turut ada di situ. Namun dia tidak mengenaliku. Aku cuba untuk menahan kesedihan yang terpendam. Namun airmataku berlinangan di pipi tatkala namanya disebut oleh imam di masjid. Aku amat merinduinya.
Setelah majlis kenduri itu berakhir, Zarrin menemuiku untuk menyampaikan sepucuk surat. Surat yang ditulis Ryan sebelum dia ke Australia. Surat yang telah diamanahkan kepada Zarrin untuk disampaikan kepadaku.
Zarrin mula menceritakan tentang Ryan. Perkara yang tidak pernah terlintas di fikiranku. Ryan sebenarnya adalah seorang bapa ayam dan pengedar dadah. Mustahil Ryan yang begitu penyayang orangnya terlibat dalam jenayah sebegitu.
Selama aku bersamanya, dia tidak pernah melakukan perkara yang mencurigakan. Aku juga tidak pernah mengesyakinya. Aku amat mempercayainya. Meskipun dia sering mengatakan bahawa dia menginap di salah sebuah hotel di kawasan Geylang kerana terlalu penat untuk pulang ke rumah. Aku masih lagi tidak berasa sangsi terhadapnya. Aku tidak ingin menerima hakikatnya bahawa dia sebenarnya sebegitu. Aku masih lagi menganggapnya seperti seorang jejaka yang tulus ikhlas bersamaku.
Aku membaca surat yang disampaikan Zarrin sejenak kutiba di rumah. Ryan meminta maaf, dan menyatakan niatnya yang sebenar ketika berada di Australia.
“…Riana sayang, Ryan ingin meminta maaf terlebih dahulu kerana tidak berterus terang dengan Riana. Ryan tidak mahu tanggapan Ryan terhadap Riana musnah tatkala Riana tahu tentang diri Ryan yang sebenar.
Ryan sedar Ryan silap. Namun, Ryan terpaksa melakukan ini semua. Ryan tidak punyai pilihan yang lain. Ryan telahpun terlibat dengan pengedaran dadah semenjak Ryan berumur tujuh belas tahun. Ryan terpaksa melakukan apa yang disuruh agar dapat wang untuk menampung ketagihan Ryan. Tanpa dadah, Ryan tidak boleh hidup. Ryan perlukan itu.
Ryan minta maaf kerana telah menghancurkan hati Riana. Namun, inilah hakikatnya. Maafkan Ryan, sayang.”
Itulah yang dikatakan oleh Ryan. Itulah hakikat yang harus kuterima. Aku kesal kerana tidak dapat membaca apa yang telah tersirat dari awal lagi. Aku terpaksa melalui detik-detik ini. Hatiku yang terluka, tiada siapa yang mengetahui.
website hit counters |
my blog, my say.
sarcasm is a norm.
~ Nyna Love™.
take note
Nyna Love Will Only Be Linking
Peeps Whose Blogs She
Frequently Read.
Read Often
If You Wana Be Linked.